Mengatasi Mengantuk Di Siang Hari

on 12 September 2011


Narcolepsy merupakan masalah tidur yang boleh menyebabkan penghidapnya kronik sehingga tidak mampu mengawal rasa mengantuk pada waktu siang.Lebih mudarat lagi,narcolepsy boleh menyebabkan penghidapnya menghadapi tekanan dan kesan mendalam dalam kehidupan sehariannya.
Mereka boleh rebah secara tiba-tiba dalam keadaan tetidur dalam waktu yang tidak sesuai dan menjadi tidak bermaya.Keadaan ini menyebabkan mereka tidak boleh memandu,melakukan kerja-kerja lasak,malah sering pula disalah anggap sebagai gila dan tersingkir oleh masyarakat.
Narcolepsy dikategorikan sebagai satu gangguan neurologi yang kronik kerana ketidakmampuan otak untuk menyesuaikan kitaran waktu tidur normal.Ubat bagi penyembuhan narcolepsy masih belum ditemui tetapi dengan kemajuan teknologi,perubatan dan farmasi,penghidap narcolepsy mampu menjalani kehidupan hampir normal.
TANDA-TANDA NARCOLEPSY
Induvidu yang menghidap masalah narcolepsy akan mengalami empat tanda iaitu:
1.Rasa mengantuk melampau pada waktu siang.
2.Cataplexy.
3.Khayalan hypnogogic.
4.Lumpur tidur ‘sleep paralysis’.
RASA MENGANTUK MELAMPAU PADA SIANG
Rasa mengantuk melampau pada waktu siang merupakan tanda pertama yang disedari oleh penghidap narcolepsy.Penghidap narcolepsy bukan sahaja tertidur dalam situasi seperti manusia normal lain,antaranya dalam waktu selepas makan atau semasa di dalam kelas membosankan tetapi turut berlaku ketika menulis surat,memandu,menonton wayang atau ketika berbual dengan orang lain.
CATAPLEXY
Cataplexy merujuk kepada kelemahan otot sehingga menyebabkan otot hilang kawalan untuk seketika.Penghidapnya akan merasa tidak bermaya,lutut lemah menyebabkan rebah secara tiba-tiba.
Sebelum ini terjadi,percakapan mereka menjadi merapu dan penhlihatan jadi berganda.Bagaimanapun pendengaran mereka masih di tahap normal iaitu dalam keadaan sedar sepenuhnya menjadikan keadaan mereka berbeza dengan orang yang berasa hendak pitam.Biasanya ia dicetuskan oleh perasaan yang kuat seperti ketawa,marah,takut,terkejut,dan gembira.
KHAYALAN HYPNOGOGIC
khayalan hypnogogic adalah nyata,selalu menakutkan atau pengalaman mimpi nyata yang berlaku ketika dalam keadaan hampir tidur atau terjaga.Penghidap mungkin disalah tafsir sebagai sakit jiwa disebabkan mereka mengalami pengalaman mimpi nyata yang melibatkan gambaran atau bunyi yang mengganggu.
Ketika itu,mereka berada dalam keadaan separuh sedar dan tidak dapat mengawal keadaan.Umpamanya mereka merasai ada sesuatu berada di dalam bilik atau di luar bilik mereka.
Keadaan lebih buruk apabila penghidap melakukan sesuatu tugasan yang biasa dilakukan tetapi tidak sedar atau mengingati perbuatan tersebut,pandangan menjadi berganda,hilang ingatan dan tidak mampu memfokuskan fikiran.

LUMPUH TIDUR ‘SLEEP PARALYSIS’
Lumpuh tidur ‘sleep paralysis’ merujuk kepada ketidakmampuan untuk bergerak atau bercakap sama ada ketika hampir tidur atau sedar dari tidur.Ia berlaku dalam beberapa saat atau minit akibat kehilangan kawalan otot pada waktu itu.Ia seolah-olah menakutkan tetapi tidak berbahaya.
Kebanyakkan mereka yang mengalami lumpuh tidur akan berasa takut kerana mereka mengetahui apa yang berlaku tetapi tidak mampu bergerak atau bercakap.Mereka hanya sedar apabila di sentuh.
PENYEBAB NARCOLEPSY
Sebab sebenar narcolepsy masih belum diketahui.secara spesifik,narcolepsy berlaku ada kaitannya dengan genetik dalam keluarga tetapi terdapat juga bukan faktor genetik.Satu faktor yang mungkin menyebabkan seorang induvidu menghidupkan narcolepsy adalah melibatkan Chromosome 6 dikenali sebagai kompleks HLA.Ia ada hubung kait antara narcoleptic induvidu dan perbezaan dalam HLA gen yang digabungkan dengan faktor lain dalam kehidupan seseorang menyebabkan narcolepsy.
Perbezaan tertentu dalam kompleks HLA meningkatkan risiko autoimmune bertindak balas dengan protien untuk menghasilkan neuron dalam otak.Protien yang dihasilkan dipanggil hypoeretin atau orexin,bertanggungjawab untuk pengawalan selera dan corak tidur.Induvidu dengan narcolepsy sering kekurangan protien ini untuk menghasilkan neurons dalam otak mereka.
KESAN NARCOPLESY
1.Rebah dalamkeadaan tidur secara tiba-tiba dalam situasi yang tidak sesuai.
2.Tidur malam yang tidak cukup menyebabakan otak cuba untuk ‘mengejar’ masa tidur di siang hari.
3.Terjaga secara mendadak dan menjadi keliru9menyebabkan pening.)
4.Sering mengalami mimpi nyata yang sentiasa menghantui hidup anda.
5.Penghidap narcolepsy boleh bermimpi walaupun tertidur seketika.
RAWATAN NARCOLEPSY
Narcolepsy biasanya didiagnosis melalui kajian tanda-tanda yang berlaku kepada penghidapnya dan juga melihat keputusan electroencephalogram (EEG).Dalam kebanyakkan kes,pakar perubatan akan menasihatkan penghidap supaya menjalani kajian tidur malam di makmal.
Walaupun narcolepsy tiada ubatan khusus untuk penyembuhan,rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan mengubah cara hidup iaitu melakukan senaman,pengawalan persekitaran,rawatan tingkahlaku dan membuat jadual tidur siang.Dengan mengamalkan dua sehingga tiga kali tidur sekejap(antara 15 hingga 20 minit) di siang hari setiap hari boleh membantu penghidap mengawal rasa mengatuk melampau pada siang hari.
Kaedah lain adalah dengan mengamalkan senaman secara rutin.Ambil masa 20 minit setiap hari untuk bersenam mampu membantu mengawal masalah tidur,meningkatkan kualiti tidur malam dan mengawal berat badan(berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya narcolepsy.)
Menjadikan rutin tidur malam pada waktu tidur yang normal adalah penting dalam mengawal kesan narcolepsy.Penghidap juga perlu mengelakkan daripada mengambil minuman berkafeina dan rokok beberapa jam sebelum tidur.
TIPS TIDUR LENA
*Jika anda tidak boleh tidur kerana tekanan,cuba meditasi.Ia membantu menghilangkan tekanan dengan membantu anda lebih tenang dan mudah tidur.
*Gunakan bantal yang bukan sahaja menyokong leher tetapi juga kepala dan bahagian atas tulang belakang untuk mendapatkan tidur malam yang lena.
*Tidur di awal malam selepas solat isyak dalam keadaan berwuduk.
*Jangan amalkan minum minuman berkafeina beberapa jam sebelum tidur.
Ranking: 5

comments

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved