Mencari Asma Allah Yang Ke 100

on 13 November 2011

bismillah 300x97 Cari Asma Allah Yang Ke 100
Seorang murid bertanya kepada gurunya, "Guru, telah berpuluh tahun aku mengikutimu, tetapi kelmarin ku dengar seseorang berkata ada sesuatu yang masih Guru sembunyikan dari aku."
Sang guru bertanya, "Apa yang kau dengar?"
"Hamba dengar guru telah mengetahui rahsia Nama Allah yang ke-100. Katanya orang yang telah mengetahui rahsia Nama Allah yang ke-100 dia tidak akan pernah melihat kezaliman dan penderitaan di depan matanya .. "Kata sang Guru," Baiklah, bila engkau ingin tahu rahsia Nama Allah yang ke-100 itu, nanti menjelang tengah malam pergilah engkau ke gerbang bandar. Bersembunyilah engkau di semak berdekatan. "
Maka, menjelang tengah malam, si murid pergi ke tempat yang dimaksudkan. Lama dia mengintip, dan tidak berlaku apa-apa. Menjelang fajar, lalu seorang tua memikul kayu melalui gerbang bandar itu.
Penjaga bandar mencegatnya, dan berkata, "Wahai orang tua apa yang kau mahu!!!
"Aku ingin menjual kayu ini, dan wangnya akan ku pergunakan untuk membeli ubat bagi isteriku yang sedang sakit. "
Penjaga: "Kalau kau mahu berdangang kemari, kau perlu membayar cukai dulu 10 dirham .."
org tua: "Bagaimana aku ingin membayarnya, sedang kayuku pun belum terjual."
Penjaga: "Tidak!! mesti bayar. Kalau tidak, kurampas kayu daganganmu ini .. "
Mereka bertengkar untuk beberapa waktu. Si murid yang mengintip berdebar-debar menunggu keajaiban asma Allah ke-100 yang di katakan gurunya akan muncul. Namun sampai fajar muncul, keajaiban itu tidak kunjung tiba.Orang tua terpaksa pulang dengan tangan hampa, bahkan hampir saja dia di pukul penjaga kota itu
***
Si murid yang kecewa, bergegas pulang menemui gurunya.
Guru: "Apa yang kau lihat di pintu tadi?"
Murid pun menceritakan pengalamannya, dan mendedahkan penyesalannya, "Ah .. andai saja Guru memberitahu rahsia Asma Allah yang ke-100 kepadaku, tentu kejadian itu tidak akan terjadi di depanku. "
Kata sang Guru: "Kamu tidak akan pernah mengetahui rahsia Asma Allah yang ke-100 itu. Bukankah dikatakan bahawa orang telah mengetahui Nama Allah yang ke-100 tidak akan pernah melihat kezaliman dan penderitaan di depan matanya. Kau melihat kezaliman di depan matamu, dan kau membiarkannya saja. Seharusnya bantu orang tua itu, hingga kezaliman yang menimpanya tidak berlaku. Bila itu yang terjadi, bererti kau telah memecahkan rahsia Asma Allah yang ke-100 itu.
Asma Allah yang ke-100 adalah perwujudan dari sifat rahman dan rahim-nya di dunia ini, sehingga siapa pun yang segera membantu orang-orang yang tertindas dan berjuang menentang kezaliman adalah orang-orang yang mengetahui rahsia Asma yang ke-100 ini. "
" ketahuilah, orang tua itu adalah aku yang menyamar. Dan sayang sekali, kau gagal mendidik diri kamu sendiri, hingga rahsia itu tidak berjaya kau pecahkan ... "
WALLUAHUALAM
Ranking: 5

comments

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved