Patung Okiku Dari Jepun, Patung Berhantu Yang Penuh Misteri

on 24 November 2011

Menurut pendapat orang yang pernah melihat patung ini, patung ini memang seram dan dipenuhi dengan pelbagai cerita yang tidak masuk akal. Patung ini boleh mati, rambutnya boleh tumbuh. Hampir seperti jenglot, patung ini benar-benar pelik. Seorang penyelidik Jepun mendedahkan bahawa dari hasil ujian forensik rambut yang tumbuh daripada boneka ini sama persis dengan rambut pada anak usia 10 tahun.
Nama Okiku diambil dari seorang kanak-kanak yang sedang bermain dengan anak patung dengan ukuran tinggi 40 sentimeter, berpakaian kimono dengan mata hitam seperti manik-manik dan rambut yang lebat. Patung Okiku telah berada di kuil Mannenji di bandar Iwamizawa Wilayah Hokkaido) sejak tahun 1938.
Pada mulanya, patung ini dibeli pada tahun 1918 oleh seorang pemuda bernama Eikichi Suzuki di Sapporo, Di sana dia melihat sebuah patung cantik Jepun dengan Kimono. Patung ini dibeli Eikichi untuk adiknya yang berumur 2 tahun yang bernama Okiku, kanak-kanak ini sangat menyenangi boneka ini dan bermain dengannya setiap hari.
Tapi sayang, Okiku meninggal tidak lama selepas itu kerana demam. Kemudian pada saat pengebumiannya, keluarganya ingin meletakkan patung kegemarannya ke dalam kerandanya bersama-sama akan tetapi entah mengapa mereka telah terlupa. Keluarga gadis tersebut kemudiannya meletakkan patung tersebut di altar rumah dan berdoa kepada patung tersebut setiap hari sebagai memperingati Okiku.
Tidak beberapa lama kemudian, mereka melihat rambut patung tersebut mulai tumbuh. Menurut cerita, berekap berpendapat, kejadian ini disebabkan oleh roh gadis itu yang berlindung di dalam patung ini.
Tahun 1938 keluarga Suzuki telah berpindah ke shakalin, patung okiku akhirnya diletakkan di kuil Mannenji di Hokkaido. Menurut sami di kuil itu, patung tradisional jepun ini selalu berambut pendek, dia juga turut mengesahkan jika rambut boneka okiku terus memanjang, walaupun dipotong terus secara berkala, tapi rambutnya tetap tumbuh. Menurut sami kuil, patung tradisional ini pada awalnya mempunyai rambut yang dipotong pendek, tetapi ia terus bertambah sehingga sekitar 25 sentimeter, hingga ke lutut patung.
Ranking: 5

comments

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved