Bunuh Ibu Sendiri Gara-gara Taksub Dengan Drama TV

on 04 April 2012


London – Daniel Bartlam, remaja berusia 15 tahun, pasti tidak akan melupakan bagaimana ketaksubannya terhadap drama bersiri mengenai pembunuhan, Coronation Street telah menukar seluruh kehidupannya.
Dia bukan sahaja terpaksa menjalani hukuman penjara minimum 16 tahun malah kehilangan ibu sendiri selepas dibunuhnya.
Paling tragis apabila dia memukul muka dan badan ibunya, Jacqueline dengan penukul sebelum membakar mayat wanita malang itu.
Semuanya gara-gara meniru aksi pembunuh upahan dalam drama berkenaan yang dikenali sebagai John Stape yang membunuh seorang wanita dengan penukul sebelum menyembunyikan mayatnya.
Bartlam juga turut mengkaji laman webs bertajuk `Bagaimana melepaskan diri selepas membunuh’.
Bunuh Ibu Sendiri Gara-gara Taksub Dengan Drama TV
Empat hari selepas dia membunuh ibunya, Bartlam telah menulis skrip drama bertajuk`Daniel membunuh wanita bernama Jackie dengan penukul’.
Dalam skrip tersebut, dia menceritakan plot bagaimana dia membunuh mangsa pertama dikenali sebagai Jacqueline, 47 dengan penukul di bahagian tengkorak dan mukanya di rumah mereka di Redhill.
Dia kemudian melakukan seolah-oleh rumah itu dipecah masuk dan telah membungkus mayat itu dengan kertas sebelum menyimbah minyak dan membakar mayat serta rumah itu sekali.
Bunuh Ibu Sendiri Gara-gara Taksub Dengan Drama TV
Dalam pada itu, ketika polis sampai selepas mendapat laporan rumah yang diduduki mereka terbakar, pihak berkuasa menemui adiknya, Dominic, 6, sedang berdiri di luar rumah sambil memaklumkan ada penceroboh bertopeng masuk ke dalam rumah.
Remaja itu pada mulanya tidak mengaku membunuh ibunya namun jiran memaklumkan mereka dikejutkan dengan suara kedua beranak itu bergaduh pada pukul 1 pagi pada hari kejadian.
Bartlam akhirnya mengaku melakukan pembunuhan itu selepas memberitahu penjaga pusat tahanan bahawa dia telah bergaduh dengan seorang gadis di situ.
Dia memberitahu penjaga itu, dia akan membunuh gadis berkenaan sama seperti dia membunuh ibunya.
Ranking: 5

comments

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved