Gadis Rapunzel Akhirnya Potong Rambut

on 27 April 2012


Brazil – Natasha Moraes de Andrade, gadis berusia 12 tahun yang digelar Rapunzel kerana memiliki rambut panjang sehingga ke paras buku lali akhinya berjaya mencapai hasrat untuk memiliki sebuah rumah selepas menjual rambut berkenaan pada harga RM10,000.
Dia yang sebelum ini menetap di sebuah kawasan setinggan di Rio De Janeiro, kini bukan sahaja berpeluang mendapat sebuah rumah, malah selepas rambutnya dipotong, gadis tersebut kini mampu bergerak bebas dan tidak lagi terikat dengan rambut panjang.
Jika dulu rambutnya berukuran 1.6 meter, kini rambut itu hanya tinggal 40 cm sahaja.
Gadis itu tidak pernah memotong rambut sejak dilahirkan.
Natasha sebelum ini terpaksa menghabiskan masa selama empat jam untuk membasuh rambut, kini dia hanya perlu mengambil masa lima minit sahaja.
Bukan itu sahaja, Natasha juga berpeluang mandi laut dan boleh mengeringkan rambut dengan menggunakan kipas.
Ketika rambutnya dipotong, Natasha menangis namun demi memastikan dia sekeluarga mendapat sebuah rumah baru, gadis itu sanggup berkorban.
“Memotong rambut merupakan perkara baru kepada saya. Dulu saya takut setiap kali ada orang mahu memotong rambut saya, tapi kini tidak lagi.
“Saya juga telah belajar menunggang basikal dan boleh belajar berenang tanpa rasa bimbang rambut saya akan basah,’’ katanya yang menyifatkan kehidupannya kini lebih bebas.
Dalam pada itu, ibunya, Catarina berkata, dia tidak pernah memberikan tekanan kepada Natasha untuk memotong rambut sebaliknya anaknya itu melakukannya dengan sukarela.
“Dulu saya juga terpaksa menghabiskan banyak masa untuk menjaga rambutnya, kini tidak lagi ,’’ katanya.
Ranking: 5

comments

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved