Jin,Syaitan dan Iblis

on 01 April 2012


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
 Assalamualaikum semua... Kali ini nk menceritakan serba sedikit tentang apakah itu jin, syaitan dan iblis... Entri ni diolah dari bahan rujukan "Perangi Sihir".

Apa yg patut anda tahu ttg jin, syaitan dan iblis? Jin, syaitan dan iblis itu wujud  dan wajib dipercayai- boleh jatuh kufur jika tidak mempercayainya kerana sudah tercatat dalam al-Quran dan hadis. 

Jin adalah keturunan drpd al-Jan yg dicipta Allah sebelum terciptanya manusia. Al-Quran ada menyatakan mereka ini dicipta daripada api yang disebut sbg 'nar al samum' iaitu api yang terlalu panas.

"Dan sesungguhnya Kami sudah menciptakan manusia, iaitu Adam daripada tanah liat yang kering, berasal daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami sudah menciptakan jin sebelum Adam daripada api yang terlalu panas."
Surah al-Hijr. ayat 26-27 



Syaitan juga berasal drpd keturunan jin dan dicipta drpd api. Syaitan adalah bala tentera kpd iblis. Mereka yg selama ini merosakkan, menghasut, membuat kacau-bilau dan menjahanamkan zuriat keturunan Adam. Tujuan utama mereka adalah bagi menyesatkan manusia supaya terpesong drpd ajaran Islam dan mengingkari setiap suruhan Allah supaya lebih ramai manusia sama-sama terjun ke dlm neraka jahanam. Syaitan sememangnya jahat dan tidak ada yang baik. Degil dan egonya terlalu tinggi sehinggakan sanggup mengingkari semua suruhan Allah sedangkan mereka tahu kekuasaan Allah serta azab yg bakal menimpa mereka.

Berbeza dengan jin— ada yang taat dan mengamalkan ajaran Islam spt yg termaktub dlm al-Quran, 

"Katakanlah wahai Muhammad, 'Sudah diwahyukan kepadaku, ayat-ayat al-Quran sudah diperdengarkan kepada sekumpulan jin, lalu mereka berkata, ' Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang menakjubkan, memberi petunjuk ke arah jalan yang benar, lalu kami beriman kepada-Nya. Kami sekali-kali tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kami.' ."  
Surah Jin, ayat 1-2 

Namun begitu, terdapat juga jin yg jahat, kafir dan pekerjaan utama mereka adalah membuat kacau-bilau. 

"Dan sesungguhnya antara kami, iaitu jin, ada yang taat dan ada pula yang menyimpang dari kebenaran..."
Surah Jin, ayat 14

Iblis pula adalah ketua syaitan yg sememangnya ada diceritakan dlm al-Quran. Ia juga berbangsa jin. Iblis adalah 'mastermind' dlm menyusun strategi menipu dan menyesatkan manusia sejagat. Ada kemungkinan iblis adalah drpd golongan jin, iaitu keturunan ifrit.

Iblis juga mempunyai keturunannya sendiri yang turut bekerjasama dengannya bagi menyesatkan manusia. Dendam kesumat dan hasad dengki yang berpunca drpd peristiwa enggan sujud kpd Nabi Adam menjadi faktor utama mereka membenci keturunan manusia.

Iblis dan keturunannya beriltizam dgn bersungguh-sungguh demi menyesatkan, memporak-perandakan dan mendatangkan mudarat kpd semua zuriat keturunan Adam dgn apa jua cara. 

"Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat, ' Sujud kamu kepada Adam.' Lantas mereka pun bersujud kecuali iblis. Iblis adalah daripada golongan jin, ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambilnya dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Aku, sedangkan mereka adalah musuh kamu? Amat buruk iblis itu sebagai pengganti Allah bagi orang yang zalim."
Surah al-Kahfi, ayat 50

Bagaimana dengan hantu, jembalang, langsuir, pontianak, toyol dan pelbagai lagi nama yang diberikan kepada mereka ini?

Sebenarnya hantu atau apa shj nama yg diberikan ini kesemuanya berasal drpd jin, syaitan dan iblis. Ia diberikan nama yg pelbagai mengikut adat, bahasa dan tradisi sesuatu bangsa ataupun kaum. Pada hakikatnya, mereka semua dapat berubah kpd pelbagai bentuk dan menyerupai sesuatu atas izin dan kehendak-Nya.

Sekian sudah entri dan perkongsian kali ini. Harap ilmu yg hendak dikongsi diterima dengan baik.


Sumber
Ranking: 5

comments

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved