1. cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan
gunakan air yang terlalu sejuk atau terlalu panas, kerana ia akan
menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar dibersihkan.
2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan
warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.
3. Jika seluar jeans terkena air pantai atau laut masin, jangan
tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air panas
sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran
yang melekat akan tertanggal.
4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di
tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan jeans terus di bawah
matahari terik.
5. Perlu diingatkan, jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.
6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk memcuci seluar
jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.
7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh menggunakan air pada suhu biasa.









{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment