Gambar Ngeri Kesan Merokok,Alkohol Dan Dadah Pada Bayi Lahir

on 24 May 2012

Bayi didalam rahim mendapat segala sumber dari ibunya. Ini termasuk zat-zat makanan dan oksigen melalui uri dan tali pusatnya. Merokok semestinya mendedahkan bayi kepada toksin yang terdapat dalam asap rokok.

Seorang ibu harus berfikir dengan serius tentang keputusan untuk berhenti merokok kerana satu nyawa yang tidak berdosa bergantung sepenuh kepadanya.


Mengandung boleh memberikan motivasi yang kuat kepada seorang ibu untuk berhenti dari merokok demi anak yang masih belum dilahirkan.



Gambar Ngeri Kesan Merokok,Alkohol Dan Dadah Pada Bayi Lahir



















Apa yang asap rokok boleh buat kepada badan saya?
Sekiranya seseorang merokok, oksigen didalam darah akan digantikan dengan karbon monoksida. Sekiranya ibu merokok, kandungan oksigen didalam darah akan berkurangan dari biasa.
Bahan yang terdapat didalam asap rorkok mengandungi pelbagai jenis toksin yang boleh memberi kesan kepada uri yang membawa makanan kepada bayi.

Bagaimana merokok boleh membrikan bahaya kepada bayi semasa dalam perut ibu?
Bayi yang dilahirkan daripada bayi yang merokok adalah lebih berisiko untuk:
*Dilahirkan secara pramatang dan kurang berat badan
*Mempunyai berat badan kurang 200g dari bayi normal.
*Mengalami kematian kot (cot death).
*Mengalami demam dan sakit-sakit yang kerap.
*Lebih kerap mengalami jangkitan telinga dan asma semasa kecil
*Tambahan pula, mereka lebih berisiko untuk mendapat keguguran semasa awal mengandung dan mengalami pendarahan uri yang boleh menyebakan kematian bayi.

Bagaimana untuk berhenti merokok?
Tidak pernah terlalu lewat untuk anda berhenti merokok. Setiap rokok yang tidak dihisap akan menyebabkan anda hidup lebih lama dan menolong bayi anda membesar dengan sempurna. Kerosakan yang disebabkan oleh rokok akan diperbaiki oleh badan secara secara semulajadi.
Berjumpalah dengan pakar kaunseling dan doktor yang boleh menolong anda. Kuatkan semangat anda.



Ranking: 5

comments

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved