MENAKJUBKAN! - MAKKAH, MADINAH PALING TERANG DARI ANGKASA LEPAS (5 GAMBAR)

on 20 November 2012


Subhanallah Makkah, Madinah Paling Terang Dari Angkasa Lepas. Kenyataan dari Seorang angkasawan Russia, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.


Kini seorang lagi Angkasawan menyatakan tentang betapa menakjubnya Kaabah dimana Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas.

“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.


Imej Mekkah, Madinah yang begitu terang diambil dari Angakasa Lepas

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.



Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga.
Ranking: 5

comments

{ 1 comments... read them below or add one }

Zaf98 said...

MasyaAllah~ ♥♥♥
sangat terang. putih je bandarnya~


November 20, 2012 at 4:20 PM

Post a Comment

 
© MYINFO101.COM All Rights Reserved